Monday, 11 March 2013

Ceritera: katak kecil



Cerita tentang katak kecil  



Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari,
tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.


Penonton berkumpul bersama  mengelilingi menara untuk menyaksikan
perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

 
Perlumbaan dimulai...

Secara jujur:
Tak seorang pun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara:

"Oh, jalannya terlalu sukar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!


Katak2 kecil mulai jatuh satu persatu...

... Kecuali mereka  yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..


Penonton terus bersorak
                 "Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya !"

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
...Tapi ada  SATU yang meneruskan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!
 
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali  satu katak kecil yang telah berusaha keras  menjadi  satu-satunya yang berjaya mencapai puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh  melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?


Ternyata...

Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!


Pengajaran dr kisah ini:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
...kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 positiv yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi tindakan serta pemikiranmu!

Kerana itu:
Tetaplah selalu....

POSITIVE!

Dan yang terpenting:

Buat  PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak boleh menggapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

 

1 comment:

  1. CITER yg best,,lagi satu pemikiran yg positif akan secare automatic mmberi aura yg positif kat org lain...

    ReplyDelete