Saturday 1 March 2014

Soalnya Hati


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata; Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan diantara dua perkara tersebut ada perkara-perkara Syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa menjaga perkara Syubhat, maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk kedalamnya. Ketahuilah setiap raja ada sempadan, dan sesungguhnya sempadan Allah itu ailah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosaklah tubuh manusia itu. Ketahuilah sesungguhnya segumpal daging itu adalah HATI"

(HR. Bukhari - Muslim)

Jika difahamkan maksud hadis tersebut...jelas menunjukkan peri penting menjaga hati...kerana setiap yang terhasil dari pemikiran & perbuatan adalah bertitik tolak dari hati.
Jika baik hatinya maka baiklah perbuatan & perkataannya, dan sebaliknya jika hati kita jahat. Sebaik-baik hati adalah yang bersih dari kejahatan dan yang tunduk kepada (haaq) kebenaran serta petunjuk yang diliputi dengan kebaikan.

Soalnya bagaimana kita hendak menjaga hati agar sentiasa baik dan cenderung pada kebaikan..???
Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan bagi menjaga hati, agar kita dapat meningkatkan lagi keimanan serta setiap amalan kita dapat dikira sebagai amal soleh disisi Allah, iaitu;

    1. Menanamkan rasa benci terhadap sikap jahiliyah 
    2. Perbanyakkan membaca zikir, al-quran serta fahami maksudnya
    3. Istiqomah dalam bertaubat
    4. Usaha mendekatkan diri dengan tarbiyah
    5. Mencari sahabat yang baik dan menghidupkan bi'ah solehah

Bagi yang tengah 'Sakit Hati'...boleh cuba tips yang dikongsikan oleh saudara Opick...jom layan...:)




4 comments:

  1. Replies
    1. ur welcome dear...bila nak kongsi ilmu kat usrah

      Delete
  2. Cara yang ke 5 selalunya sy amalkan...sy jauhkan diri dr org yg bersikap negative

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nadia...kita kena jadi 'selective' dlm bab memilih kawan ni...bukan semua kawan yg membina...kena pandai pilih

      Delete